Bayar ganti rugi RM693,000

Written by Bhavanash Sharma

Founder and Partner Bhavanash Sharma is an accomplished and skilful litigation and trial lawyer and was called to the Malaysian Bar in 2002.

January 23, 2021

Bayar ganti rugi RM693,000
Harian Metro 24 Dec 2019

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, memerintahkan firma guaman membayar tuntutan ganti rugi sebanyak RM693,000 terhadap enam individu berhubung konspirasi pembelian tanah di Jenderam, Sepang.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Rohani Ismail membuat keputusan itu Khamis lalu selepas berpuas hati dengan keterangan saksi dan hujah kedua-dua pihak.

“Selepas membuat imbangan kebarangkalian mahkamah mendapati defendan cuai dalam kewajipan mereka terhadap plaintif.

“Defendan juga berkomplot dengan defendan lain untuk melakukan penipuan terhadap plaintif. Oleh itu, mahkamah membenarkan tuntutan plaintif. Defendan perlu membayar balik pembelian hartanah berjumlah RM543,000 mengikut perjanjian jual beli,” katanya.

Mahkamah memerintahkan defendan membayar ganti rugi RM100,000 dan kos RM10,000 seorang.

Plaintif terdiri daripada enam individu iaitu Robiah Ismail, Ros Afida Abu Kassim, Siti Zaleha Syed Sa’ari, Abdul Mun’im Abdul Rahman, Nor Anikah Abd Rahim dan Wan Muhamad Jefri Ab Kadir yang diwakili peguam Bhavanash Sharma daripada Tetuan Bhavanash Sharma.

Enam plaintif memfailkan saman 4 Februari lalu dengan menamakan Mohd Rapi Mohd Nor (berniaga sebagai City Homes Resources), Anwar Sadat Md Salih (pembeli hartanah), Wan Ahmad Fadzil Wan Omar (pemilik City Homes), Amalina Othman dan Ahmad Nurie Ab Rahman sebagai defendan pertama hingga kelima.

Defendan ketiga hingga kelima disaman sebagai firma guaman di bawah nama Nurie Khairuddin & Co.

Plaintif menuntut defendan memulangkan wang RM543,000, ganti rugi kemungkiran kontrak, ganti rugi penipuan, ganti rugi kecuaian profesional terhadap firma guaman itu, selain ganti rugi am dan teladan.

Berdasarkan penyata tuntutan, plaintif mendakwa membeli dua bidang tanah daripada defendan pertama (Mohd Rapi) yang didakwa mengaku sebagai pemilik tanah di Jenderam.

Semua plaintif mendakwa defendan pertama menipu mereka dengan pertolongan defendan lain termasuk firma guaman terbabit.

Plaintif mendakwa tanah itu adalah milik orang lain dan defendan pertama didakwa mewakili pemilik asal atau bertindak tanpa pengetahuan mereka untuk menjual lot tanah itu.

Plaintif melaburkan simpanan dan membuat pinjaman untuk membeli tanah itu. Sebenarnya tanah itu tidak boleh dipindah milik nama.

Original article can found at pressreader.com.

Other News & Updates From Bhavanash Sharma…

Let’s Work Together

Get legal advice on your case. Book a free consultation with Bhavanash Sharma.